Sunday, February 20

Lotus



Tiga model masa kini Lotus iaitu Lotus Evora, Elise dan Exige

PERTAMBAHAN kuasa membuatkan anda pantas di jalan lurus. Mengurangkan berat membuatkan anda pantas di mana-mana."

Itulah antara pepatah yang dipegang oleh Colin Chapman ketika beliau membangunkan kereta Lotus pada 1952 di bawah syarikat pengeluarannya Lotus Engineering Ltd.

Berasaskan pegangan itulah Lotus Engineering menjadi pengeluar kereta sport terunggul dunia manakala pasukan Formula Satunya meraih tujuh kali kejuaraan dunia dalam kategori pengeluar dan tiga kali bagi kategori pemandu sepanjang pembabitannya dari 1962 hingga 1978.

Tidak hairanlah, jenama Lotus begitu gah di seluruh pelosok dunia, baik di United Kingdom, Eropah hinggalah Amerika Syarikat. Siapa yang tidak kenal dengan kereta-kereta Lotus Mark I hingga X, Eleven, Excel, Elise, Elan, Evora, Esprit dan Elite.

Malahan kereta-kereta Lotus juga digunakan dalam filem penyiasatan terkemuka Britain,James Bond iaitu Lotus Esprit Turbo dalam For Your Eyes Only, Lotus Esprit S1 (The Spy Who Loved Me) serta Lotus Formula 3 dalam Casino Royale.